Kawan ? ye maybe ramai yang cakap kita susah cari kawan .
apa apa hal je kawan . kawan yang buat hidup kita bahagia . hah betul lah tu .
tapi kawan juga lah yang akan buat kita derita . itu kalau salah pilih kawan
lah . kalau kawan yang baik ya baik .
Aku seorang perempuan dan mestilah banyak kawan dengan
perempuan kan ? korang silap . aku banyak kawan dengan lelaki berbanding
perempuan . tahu kenapa ?
Ini pendapat aku lah . kalau korang terasa ke apa ? itu
tepulang . tak semuanya macam ni . ini bagi pendapat aku antara kawan lelaki
dan perempuan aku . banyak bezanya . tak ada lah banyak mana .
SITUASI
|
KAWAN LELAKI
|
KAWAN PEREMPUAN
|
*minta tolong
*call*
|
“Hah kat mana? Kejap lagi aku datang lah . haish kau ni”
|
“aku busy lah.”
“aku pun tak ada transport.”
“naik lah teksi ke apa.”
“dah malam lah.”
|
*gaduh
|
“pergi lantak lah kau. Mampos pun tak apa.”
|
“macam ni kau kan. Selama ni aku tolong blah blah blah”
*dari awal sampai akhir akan ungkit semua benda*
|
*gaduh dengan pakwe
|
“kau buanglah ego kau tu. Pergi kejar dia balik . jangan suka sangat
buat perangai blah blah blah”
*dorang akan nasihat dah macam doktor cinta. Kalah doctor . dorang
akan nasihat sampai lah aku ok*
|
“asal dia buat kau macam tu? Dia ingat dia hensem sangat ke nak buat
kau macam ni blah blah blah.”
*dorang akan marah dan cakap keburukan pakwe tu . sampai lah korang
benci dekat lelaki tu . esok lusa tau tau dia yang bercinta dengan lelaki tu*
|
*Lepak
*baru sampai tempat yang nak dilepak*
Cth : kedai mamak
|
“hak alah kau ni gelabah kenapa? Baru pukul berapa rilek lah. Mamak pun
tak amik order ni.”
|
“jum lah balik.”
*padahal tadi dia yang beria ajak lepak*
“pergi sini buat apa?geli lah”
“cari tempat lain boleh tak?”
|
*kutuk mengutuk
|
“kau ni memang blah blah blah”
*kutuk depan depan sambil buat muka tak bersalah*
|
“kau tahu tak dia tu blah blah blah”
*kutuk belakang bila jumpa buat baik muka pun suci dalam debu*
|
*Hang out
|
“lepas ni nak pergi mana pulak? Biar kaki aku ni tercabut baru kau
nak balik kan?”
|
“tadi kita keluar pukul berapa?jum lah balik”
“cepat lah sikit”
“korang jalan lah.aku balik dulu”
*selalu terjadi bila keluar tak bagi tahu mak ayah*
|
Aku tak cakap semua tau . ada segelintir je . tapi yang aku
jumpa macam ni lah . tapi ni semua masa form 5 punya cerita . maybe yang dah
berumur akan matang . dan tak ada satu pun macam yang atas kan ?
Ini semua kawan aku masa sekolah sekolah . biasalah . baru
nak kenal erti dunia .
\
Tapi bila aku masuk ke alam 18xs ni . aku kenal erti
persahabatan . jum baca lagi .
Situasi
|
Sahabat lelaki/perempuan
|
*minta tolong
*call*
|
“pundek kau . dah susah baru minta tolong aku . hah kejap . aku cari
motor dulu . kau ada dekat mana setan? Tunggu situ diam diam”
|
*gaduh
|
“bodoh lah kau. Blah blah blah”
*segala bahasa mencarut keluar*
*10 minit kemuadian*
“sorry lah weh. Aku tengah marah tadi. Faham-faham lah erk? Aku minta
maaf tau”
|
*gaduh dengan pakwe
|
“memang bagus lah . asal tak korang masuk WWE ? senang sikit . biar
dua-dua mati kiok kat situ . haish . korang bincang lah elok-elok . jangan
buat keputusan terburu-buru blah blah blah”
*tengah marah sambil nasihat*
|
*Lepak
*baru sampai tempat yang nak dilepak*
Cth : kedai mamak
|
“mamak ! password wifi apa?”
*lepas habis makan*
“bapak awal nak balik. Relek lu . wifi free ni. Mamak sky jus satu!”
*lepak sampai tak sedar dah pukul berapa. Sebab tak ada sorang pun
yang mengajak balik.*
|
*kutuk mengutuk
|
*kutuk depan depan dah biasa*
*kutuk belakang. Tak lama lepas tu*
“kau tahu tak. Semalam kitorang kutuk kau kaw kaw punya. Macam ni
start dia blah blah blah”
*walaupun kutuk belakang sahabat akan cerita jugak apa yang dia buat*
|
*Hang out
|
“oh tadi kemain kau ajak aku keluar. Sekarang kau nak balik pulak? Tak
ada maknanya . biar kita ramai ramai kena marah. Mak aku pun dah lama tak
buat exercise mulut. Jum pergi sana pulak”
*bila balik semua kena marah. Esok bercerita lah apa yang mak masing
masing marahkan.*
|
Jangan lah terasa
hati ke apa . benda ni aku buat dah lama . aku dapat bezakan kawan dengan
sahabat bila aku mula mengenal erti dunia luar . tak semua macam yang di taip
di atas .
Walau macam mana pun . mereka tetap kawan . susah senang
sama sama. Bergembira bersedih sama sama . rahsia pun dikongsi bersama .
Bagi aku . biarlah aku ada seorang musuh yang membenci aku
daripada ada seorang kawan yang membenci aku dibelakang dan menyukai aku
dihadapan.
MAK aku cakap : kalau berkawan jangan rapat sangat . nanti
ada lah yang tak kena.
ABAHaku cakap : kalau nak berkawan. Pilih lah yang boleh bimbing
kau ke jalan yang baik. Atau pun kau yang bimbing dia . bukan kawan yang akan
merosakkan.
KAKAK aku cakap : kau tak ada kawan pun . bukannya kau tak
boleh hidup . masa kau lahir pun bukannya terus berkawan.
ABANG aku cakap : suka hati kau lah nak kawan dengan sape .
bukan usursan aku . *sambil menari harlem shake*
ADIK *form 2* aku cakap : kawan je lah . jangan menyesal lah
bila jadi pape .
ADIK *darjah 3* aku cakap : …………. *deep*
KAWAN aku cakap : kau nak kawan kau kawan . tanak sudah .
terpulang .
Apa-apa pun . aku Cuma nak cakap SALAM 1 ZULKAEDAH kepada
semua blogger di Malaysia . hee . jumpa lagi di lain entry keyh . sorry panjang
sikit entry kali ni. J
salam ukhwah aziantie, singgah pagi zulkaedah ke sini..nice sharing dear..:)
ReplyDelete