Kawan VS sahabat



Kawan ? ye maybe ramai yang cakap kita susah cari kawan . apa apa hal je kawan . kawan yang buat hidup kita bahagia . hah betul lah tu . tapi kawan juga lah yang akan buat kita derita . itu kalau salah pilih kawan lah . kalau kawan yang baik ya baik .

Aku seorang perempuan dan mestilah banyak kawan dengan perempuan kan ? korang silap . aku banyak kawan dengan lelaki berbanding perempuan . tahu kenapa ?

Ini pendapat aku lah . kalau korang terasa ke apa ? itu tepulang . tak semuanya macam ni . ini bagi pendapat aku antara kawan lelaki dan perempuan aku . banyak bezanya . tak ada lah banyak mana .

SITUASI
KAWAN LELAKI
KAWAN PEREMPUAN
*minta tolong
*call*
“Hah kat mana? Kejap lagi aku datang lah . haish kau ni”
“aku busy lah.”
“aku pun tak ada transport.”
“naik lah teksi ke apa.”
“dah malam lah.”
*gaduh
“pergi lantak lah kau. Mampos pun tak apa.”
“macam ni kau kan. Selama ni aku tolong blah blah blah”
*dari awal sampai akhir akan ungkit semua benda*
*gaduh dengan pakwe
“kau buanglah ego kau tu. Pergi kejar dia balik . jangan suka sangat buat perangai blah blah blah”
*dorang akan nasihat dah macam doktor cinta. Kalah doctor . dorang akan nasihat sampai lah aku ok*
“asal dia buat kau macam tu? Dia ingat dia hensem sangat ke nak buat kau macam ni blah blah blah.”
*dorang akan marah dan cakap keburukan pakwe tu . sampai lah korang benci dekat lelaki tu . esok lusa tau tau dia yang bercinta dengan lelaki tu*
*Lepak
*baru sampai tempat yang nak dilepak*
Cth : kedai mamak
“hak alah kau ni gelabah kenapa? Baru pukul berapa rilek lah. Mamak pun tak amik order ni.”
“jum lah balik.”
*padahal tadi dia yang beria ajak lepak*
“pergi sini buat apa?geli lah”
“cari tempat lain boleh tak?”
*kutuk mengutuk
“kau ni memang blah blah blah”
*kutuk depan depan sambil buat muka tak bersalah*
“kau tahu tak dia tu blah blah blah”
*kutuk belakang bila jumpa buat baik muka pun suci dalam debu*
*Hang out
“lepas ni nak pergi mana pulak? Biar kaki aku ni tercabut baru kau nak balik kan?”
“tadi kita keluar pukul berapa?jum lah balik”
“cepat lah sikit”
“korang jalan lah.aku balik dulu”
*selalu terjadi bila keluar tak bagi tahu mak ayah*

Aku tak cakap semua tau . ada segelintir je . tapi yang aku jumpa macam ni lah . tapi ni semua masa form 5 punya cerita . maybe yang dah berumur akan matang . dan tak ada satu pun macam yang atas kan ?
Ini semua kawan aku masa sekolah sekolah . biasalah . baru nak kenal erti dunia .
\
Tapi bila aku masuk ke alam 18xs ni . aku kenal erti persahabatan . jum baca lagi .

Situasi
Sahabat lelaki/perempuan
*minta tolong
*call*
“pundek kau . dah susah baru minta tolong aku . hah kejap . aku cari motor dulu . kau ada dekat mana setan? Tunggu situ diam diam”
*gaduh
“bodoh lah kau. Blah blah blah”
*segala bahasa mencarut keluar*
*10 minit kemuadian*
“sorry lah weh. Aku tengah marah tadi. Faham-faham lah erk? Aku minta maaf tau”
*gaduh dengan pakwe
“memang bagus lah . asal tak korang masuk WWE ? senang sikit . biar dua-dua mati kiok kat situ . haish . korang bincang lah elok-elok . jangan buat keputusan terburu-buru blah blah blah”
*tengah marah sambil nasihat*
*Lepak
*baru sampai tempat yang nak dilepak*
Cth : kedai mamak
“mamak ! password wifi apa?”
*lepas habis makan*
“bapak awal nak balik. Relek lu . wifi free ni. Mamak sky jus satu!”
*lepak sampai tak sedar dah pukul berapa. Sebab tak ada sorang pun yang mengajak balik.*
*kutuk mengutuk
*kutuk depan depan dah biasa*
*kutuk belakang. Tak lama lepas tu*
“kau tahu tak. Semalam kitorang kutuk kau kaw kaw punya. Macam ni start dia blah blah blah”
*walaupun kutuk belakang sahabat akan cerita jugak apa yang dia buat*
*Hang out
“oh tadi kemain kau ajak aku keluar. Sekarang kau nak balik pulak? Tak ada maknanya . biar kita ramai ramai kena marah. Mak aku pun dah lama tak buat exercise mulut. Jum pergi sana pulak”
*bila balik semua kena marah. Esok bercerita lah apa yang mak masing masing marahkan.*

 Jangan lah terasa hati ke apa . benda ni aku buat dah lama . aku dapat bezakan kawan dengan sahabat bila aku mula mengenal erti dunia luar . tak semua macam yang di taip di atas .

Walau macam mana pun . mereka tetap kawan . susah senang sama sama. Bergembira bersedih sama sama . rahsia pun dikongsi bersama .

Bagi aku . biarlah aku ada seorang musuh yang membenci aku daripada ada seorang kawan yang membenci aku dibelakang dan menyukai aku dihadapan.

MAK aku cakap : kalau berkawan jangan rapat sangat . nanti ada lah yang tak kena.
ABAHaku cakap : kalau nak berkawan. Pilih lah yang boleh bimbing kau ke jalan yang baik. Atau pun kau yang bimbing dia . bukan kawan yang akan merosakkan.
KAKAK aku cakap : kau tak ada kawan pun . bukannya kau tak boleh hidup . masa kau lahir pun bukannya terus berkawan.
ABANG aku cakap : suka hati kau lah nak kawan dengan sape . bukan usursan aku . *sambil menari harlem shake*
ADIK *form 2* aku cakap : kawan je lah . jangan menyesal lah bila jadi pape .
ADIK *darjah 3* aku cakap : …………. *deep*
KAWAN aku cakap : kau nak kawan kau kawan . tanak sudah . terpulang .

Apa-apa pun . aku Cuma nak cakap SALAM 1 ZULKAEDAH kepada semua blogger di Malaysia . hee . jumpa lagi di lain entry keyh . sorry panjang sikit entry kali ni. J

1 comment:

  1. salam ukhwah aziantie, singgah pagi zulkaedah ke sini..nice sharing dear..:)

    ReplyDelete

Golekkan komen anda di sini. yang positif sahaja diterima. ^__^